Innalillahi 😭😭😭😭 ini Tampang Ayah Yang Tega Temba4k M4ti Bayinya yang Baru 7 hari Lahir😭😭😭 Terkuak Fakta Lain Yang bikin Ibu Diseluruh Dunia Berduka😭😭😭😭
Innalillahi 😭😭😭😭 ini Tampang Ayah Yang Tega Temba4k M4ti Bayinya yang Baru 7 hari Lahir😭😭😭 Terkuak Fakta Lain Yang bikin Ibu Diseluruh Dunia Berduka😭😭😭😭
Islamabad: Seorang lelaki di Pakistan tergamak menembak mati bayi perempuannya yang baru berusia tujuh hari kerana berang tidak dikurniakan anak lelaki.
Shahzaib Khan ditahan pada Khamis di bandar Mainwali selepas polis menerima maklumat kejadian pada 7 Mac lalu.
Ketika kejadian, dia didakwa meluru masuk ke rumah dan menuntut isteri yang dinikahi dua tahun lalu supaya menyerahkan anak mereka dikenali Jannat, sebelum membunuhnya.
Lelaki itu kemudian melarikan diri sehingga ditahan polis pada Khamis.
Bapa saudara mangsa, Hidayatullah Khan membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian dilakukan adik iparnya.
Dia memberitahu Dawn yang dilapor Daily Star, 'anak perempuan dilahirkan, maka dia (suspek) berang.'
"Suspek mengambil anak perempuan itu dan menembaknya hingga meninggal dunia," katanya.
Hidayatullah juga menjelaskan Shahzaib enggan menyambut kelahiran bayi itu selepas mendapati jantinanya perempuan, dengan kejadian berkenaan adalah hari pertama dia kembali semula ke rumah.
Hidayatullah mendakwa dia berada di rumah ketika kejadian dan cuba merampas bayi perempuan daripada tangan Shahzaib
Dia mendakwa Shahzaib mengugutnya dan keluarga dengan pistol supaya mereka tidak masuk campur.
Di sesetengah tempat di Pakistan, pembunuhan anak perempuan dilaporkan masih berlaku kerana lelaki menganggap darjat mereka rendah jika dikurniakan anak perempuan.
Menurut Faisal Edhi yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan Edhi, lebih 500 bayi mati kerana dibuang di Karachi sejak dua tahun lalu, kebanyakannya adalah perempuan